Yang hidup pasti akan mati, kerana di dunia ini hanya persinggahan sementara untuk kita mengumpul bekalan untuk dibawa ke alam kehidupan yang kekal. Kematian itu memang menyakitkan. Memang kita belum tahu apa rasanya mati, namun menyaksikan kematian juga telah amat-amat memeritkan. Bagaimana kita melihat orang yang kita sayang kaku dan akhirnya tertimbus di liang lahad. Berat rasa hati untuk melangkahkan kaki meninggalkan pusara mereka. Timbul dibenak fikiran, adakah kau selesa dengan kamar tidur barumu?. Siapakah yang menemanimu malam ini?. Adakah kau dapat menjawab soalan-soalan malaikat munkar dan nankir?.. Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka.
Bercerita mengenai ajal, sambil air mata tidak segan untuk menerusi laluan tubir mata, aku teringat saat menerima berita pemergiaan sahabat baikku 3 tahun lalu. Sesungguhnya setiap apa yang dikatakan oleh Allah itu semuanya benar berlaka. Kita tidak perlu menjadi tua untuk mati. Kita tidak perlu penyakit yg kronik untuk mati. Sahabat, dalam usia yang masih muda, kau pergi tinggalkan kami. Banyak lagi impian yang ingin kita capai, tapi nampaknya, Allah lebih menyayangimu.
kau selalu kata, “I know u are the strongest ever. Don't worry, I'll always stand behind u”. kau kata macam tu tiap kali aku mengadu masalah. Kau sentiasa berikan aku kekuatan. Kadangkala aku rasa kehilangan dikala aku sangat perlukn kekuatan itu.
Sahabat, aku rindukan usikan kau!. Kenapa dengan usikan?. Sebab tu je yang aku dapat dari kau tiap kali aku cakap apa-apa. Kau tak pernah serius bila bercakap sampaikan kadangkala aku rasa nak bunuh aje kau. Tapi usikan tu lah sebenarnya yang sentiasa buat aku terus tersenyum walau dikala aku terasa berat tuk mengukirkan senyuman. Susah dan senang kau sentiasa ada.
Biar terpisah lautan, hubungan kita tetap akrab. Kau meneruskan perjuangan di Sydney. Sedangkan aku meneruskannya di Terengganu. Aku terkilan kerana aku tak sempat memautmu kembali ke pangkal jalan sebelum kau menghadap Ilahi. Aku tahu kau inginkan hatimu kembali kepadaNya. saat membaca bait-bait kata yang kau coretkan dalam diari yg dikirimkan ibumu sangat meruntun hati ini. semoga kau tenang di sana sahabat. Hanya doa yang aku mampu kirimkan buatmu di sana..
walaupun bertahun-tahun telah berlalu, namun kenangan kita tetap segar di minda..
namamu terpahat kukuh dalam diri ini wahai sahabat..
tiada yang dapat menjadi pengganti dirimu..
thanks for being beside me during ups and downs until your last breath..
aku redha Allah lebih sayangkan kau..semoga kau tenang di sana..
Kau Sahabat, Kau Teman

0 comments:
Post a Comment