Tadi aku explore video kat youtube as usual tatkala bosan bergelumang dengan segala buku,nota dan yang sewaktu dengannya. Plus kepala pun tak berapa nak behave lepas habis paper hygiene 2 hari lepas. Benda migrain ni bukan suatu yang baru bagi aku cuma bila datang tengah musim exam ni satu ujian jugak la bagi aku. Mana nak handle kepala sakit, nak cover chapter yg tak habis lagi. So selain daripada tidur, I need something to distract from keep using my head continuously. Layan video. That's it. Itulah jugak sebab kenape aku ni kipas-susah-mati drama especially korean drama hehe.
Tengah dok ushar video tu terjumpa la satu video pasal Ahmad Ammar. Seorang insan hebat yg memang diketahui umum tentang kisahnya. Terbaru yg aku tahu ada buku diterbitkan berkisar pasal hamba Allah ini. Generasi baru Sultan Muhammad Al-Fateh yg telah dipanggil menemui Ilahi 2 November 2013 yg lalu. Seorang pemuda yg hidupnya biasa-biasa sahaja tapi pemergiannya mencetuskan satu fenomena dalam kalangan generasi muda terutamanya di Malaysia and even aku kat Rusia ni pun terkesan.
Video headline "Diari untuk Ahmad Ammar" adalah perkongsian ibu bapanya tentang kisah hidup arwah. Tatkala mendengar luahan hati kedua orang tuanya yg menceritakan pasal anak lelaki mereka membuatkan aku kagum dengan peribadi keluarga Haji Azam itu. Aku menempelak diri aku. 20 tahun hidupnya untuk ummah tapi aku? Mampukah aku menjadi seperti dia?
Saat cerita pasal Turki disingkap, aku mula terbayang kota Istanbul. Allah, aku sangat rindukan tempat itu. Jika diizinkan aku ingin sekali menjejakkan kaki ke sana lagi. Aku rindukan segalanya tentang Istanbul. 3 malam di sana cukup memberi pengalaman yg bermakna bagi aku. Aku terkesan dengan suasana Islam di sana. Perasaan aku saat melihat barang Rasulullah di Topkapi palace tak mampu aku ungkapkan. Sungguh aku bersyukur kerana diberi peluang melihat sendiri barang insan yang aku sangat ingin menatap wajahnya. Seorang hamba Allah yang dirindui setiap lapisan ummat walau mereka tak pernah mengenali dirinya. Rindu aku pada Istanbul tidak terperi.
Aku mampu memahami bagaimana perasaan Ahmad Ammar yg bersungguh-sungguh dalam mengkaji sejarah tamadun Turki Uthmaniyah. Jika aku ditempatnya, aku juga akan melakukan hal yg sama. Aku yg berpeluang singgah untuk 3 malam sahaja sudah jatuh cinta dengan kota itu apatah lagi Ammar yg berpeluang belajar di sana. Betul kata Haji Azam, kita buta tentang sejarah kita sendiri. Jika kita tahu kehebatan sejarah Islam, sudah pasti ummat Islam akan menjadi seorang yg luar biasa, yg lebih peka tentang masalah ummah hari ini dan tentunya Islam kembali menjadi kuasa besar yg dihormati.
Itulah Constantinople yg menjadi rebutan kuasa Rom dan Parsi suatu masa dahulu. Sebuah kota yg tersimpan 1001 kisah yg mana siapa yg menguasai akan menjadi kuasa besar dunia.
Istanbul, aku rindu kamu!
Tengok sumer gambar ni mampu buat air mata menitis kerana terlalu rindu. T_T
| nasib kami baik dapat guesthouse betul-betul tepi Topkapi palace and staff tersangat la baik ^^ |
| Blue Mosque,Istanbul,Turki |
| Hagia Sophia ~ church zaman Byzantine yg diubah menjadi masjid selepas Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople. |
| Dalam Hagia Sophia |
| Entrance Topkapi palace |
| Panorama muzium ~ menceritakan kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh |
| Padah apabila round bandar pakai heels haha ~ sempat lagi buat refleksiologi tuu |
| The most precious picture in life ~ Pedang Rasulullah (SAW) tempat ni takleh bawak masuk kamera so curi snap guna phone with help of one kind guy yg tolong cover |


