12 Rabiulawal 1434H
Kalau dahulu, sewaktu di zaman sekolah, hampir saban tahun maulidur rasul disambut. Pelbagai ceramah, program diadakan bagi mengingati kembali sejarah insan yg agung itu. Seolah-olah menjadi kewajipan atau tradisi bagi umat islam di Malaysia menyambut maulidur rasul. Terdetik di hati, sejauh manakah penghayatan mereka di kala itu? Adakah kerana sambutan semata-mata? Tepuk dada sendiri, tanya iman masing2.
Kini, apabila berada di bumi asing, suasana itu sungguh terasa. Perasaan ini terasa berbeza. Kelu lidah, perasaan yg tak terungkap. Cuba mencari diri dalam merenungi kalam suci di sisi. 12 Rabiulawal kelahiran anak Abdullah dan Aminah pada hari lalu , sangat terkesan pula pada jiwa - lebih dirasa berbanding terdahulu .Sudah dewasa agaknya. Semakin sedar dengan kalbu , lihat dengan mahu , apa yang diperjuangkan insan yang sayang sungguh dengan umatnya ini sehingga akhir nafasnya. Cuma sunnah dan kitab ALLAH - AL-Quran ini di amanah - di pegang sehingga hari semua manusia dan alam digulung dan riwayat tertamatkan.
Wahai Nabi Muhammad..
insan yg teristemewa buat diri ini..
berabad-abad sudah berlalu
namun namamu masih melekat di hatiku
tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu
tak pernah aku melihat langsung dakwahmu
namun sinar cahaya itu mampu menebus zaman dan ruang
menembus perbezaan di antara seluruh umat manusia
cahaya itu tak pernah suram sampai akhir zaman
Yaa Rasulullah,......
begitu agung namamu
bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu
rindu pada suri tauladan yang kau berikan
rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu
rindu pada kedamaian yang kau ciptakan
Yaa Rasulullah,......
rindu pada kepemimpinanmu
Cinta dan kasih sayang mu tiada bandingan
Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu
Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu
banyak yang sudah berubah dari koridor garis awal
aku juga demikian..
video ini sangat menyentuh hati ini..mutiara jernih jatuh tanpa dapat ditahan..
Yaa Rasulullah,......
aku rindu padamu
umat ini rindu padamu
Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam
sempena maulidur rasul ini, ayuh kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW
Salam Maulidur Rasul dari Bumi Eropah Timur
Volgograd,Russia

0 comments:
Post a Comment