Dalam kita melangkah, kekadang diuji
dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..
Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri
kerana mungkin air mata yang hadir tika itu
kerana Dia mahu kita menjahit semula sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah-langkah yang tersasar daripada keikhlasan..
Along, seandainya along tahu betapa dirimu
amat bermakna buat kami adik-beradik..
sungguh, pengorbanan yang along lakukan
sangat besar maknanya buat kami along..
aku baru tahu yg dia baru shj mula bekerja di tmpt baru
setelah diberhentikn krn mslh syarikat..
namun demi tanggungjawab seorang anak,
dia sanggup melepaskn pekerjaan itu
semata-mata untuk menjaga ibu dan adik-adik di kampung halaman..
selepas satu demi satu ujian menimpa kami sekeluarga..
dia masih mampu berdiri menyediakan payung untuk kami berteduh..
dia dan angah memberi kami kekuatan untuk meneruskn hidup ini..
saat aku hampir rebah menyembah bumi 4tahun lalu, merekalah yang memaut bahu ini untuk bangkit..
dengan kekuatan yg mereka bdua bsama seorg sahabat hulurkn,
aku mampu bangkit dan menjadi aku hari ini..
ya Allah,kurniakanlah mereka perlindungan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup..
Along.. Angah..
Pada satu masa,ada kalanya kita lelah dalam menghadapi Dunia yang tak pernah berhenti berputar, dan lelah menghadapi karenah ahli dunia yang tak pernah habis berbicara.
Berbicara mengenai hal yang menyakitkan kita.
Ada masa kita hanya mampu berdiam tak kata apa-apa,kerana itu jalan yang lebih baik berbanding membuka mulut berbicara.
Ada masa air mata ini jatuh tanpa disedari kerana hati terlalu sakit bagai ditusuk sembilu, air mata yang keluar kering seperti daun-daun yang gugur dimusim luruh....
Ada masa hati ini,akan tertanya mana semua kata semangat, dan mereka yang pernah berkata akan selalu menyokong saat diri jatuh dan berdiri...
Ada masa hati ini sakit ,kerana diri hanya dijadikan sandaran. Bila perlu mereka hadir menemani.Bila senang ditingglkan sendiri..
Ada masa,kita terpaksa melepaskan semua yang kita sayang, walau hati tak pernah rela.
Ada masa kita akan lelah hadapi semua itu..
TAPI...
ingatlah sesakit mana hatimu,sesedih mana dirimu,semua itu terjadi bersebab..Tuhan tahu apa yang terbaik untuk HambaNya...Ujian itu bukan untuk melemahkanmu,tapi Tuhan nak dikau kuat hadapi Dugaan yang takkan pernah puas Datang.
selagi dikau hidup,bergantung haraplah DenganNya..
Mintalah padaNya,kau takkan pernah Kecewa...Tuhan selalu ada bersama masa kau berduka atau senang,,
DIA takkan pernah melupakanmu...
walau skuat manapun badai yang melanda kita tetap akan bersama-sama mengharunginya..
along, you already sacrificed a lot for our family,our mom..
no matter what, I will stand still behind you along..not just me,but angah,ateh,adik,kak aishah n mak are always have for you..be strong along! I am proud to be your sister..
along, you already sacrificed a lot for our family,our mom..
no matter what, I will stand still behind you along..not just me,but angah,ateh,adik,kak aishah n mak are always have for you..be strong along! I am proud to be your sister..
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"


0 comments:
Post a Comment