Thursday, June 16, 2011

pengorbanan demi kejayaan

PENGORBANAN

kadang2 kita tertanya2 what is the exact meaning by that so-called word...
in any matter,mesti akan terkeluar punye perkataan azimat tu..
peritnye pengorbanan itu hanya yang menanggung aje dpt huraikn..
yela,laen orang,laen tanggungannya...maybe someone tu ckp biasa je,maybe ada yg ckp berat and xterlepas jgk yg ckp small matter...manusia ni mcm2 ragam...
seperti ape yg sy rasa skrg ni...kehidupan yg tpkse ditempuhi...
mcm xckup tanah aje gayanya...kjap kelas lps tu lab...
assingment++homework xyah ckp laa...sikit lagi boleh la nk lwn mount everest..hahaa
tmbh lak ngan ragam2 manusia...btmbh2 sakit otak...huhu
ntah mcm mana la bila kt tmpt org nnti...kt sana cabaran lagi besar...
bila kt tmpt org segalanya bergantung atas diri kita...

tapikan bila berckp soal ilmu dan kehidupan,ketahuilah bahawa

Keindahan ilmu pada penuntutnya umpama orang yang buta kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...
ILMU....
Sebuah perkataan yang indah, akan tetapi tidak semua orang yang menyedarinya. Majoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk populariti dan mengejar kemewahan dunia, kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi. Akan tetapi hakikatnya adalah salah bagi orang yang mempunyai fikiran sedemikian.
Hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan bukan untuk dijual beli. Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja, akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari redha Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh redha Allah, serta akan dihormati oleh manusia.
Setiap manusia diberi peluang untuk menuntut ilmu, akan tetapi tidak semua orang menyahut peluang yang tersedia itu. Kemiskinan dan perkahwinan bukan suatu masalah bagi orang yang ingin menuntut ilmu. Orang miskin yang berilmu lebih baik daripada orang kaya yang bodoh. Hal ini kerana orang miskin yang berilmu dan menggunakan ilmu yang dimilikinya maka ilmunya akan bertambah, akan tetapi orang kaya yang sentiasa menggunakan hartanya maka harta tersebut lambat laun akan habis dan kemungkinan dia akan jatuh miskin. Sebagaimana kata Abdullah bin Abbas:
"Ilmu akan menambah kemuliaan orang yang mulia, dan meninggikan darjat pemiliknya di tengah manusia, serta menundukkan para raja laksana tawanan."
Dalam kehidupan sekarang ini, wanita selalu mendapat masalah apabila hendak menuntut ilmu. Hal ini kerana ada yang mengatakan bahawa wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana nanti dapur juga tempat kediamannya. Ini adalah satu fikiran yang salah, kerana seorang ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Ini kerana apabila seseorang itu bodoh maka ia akan mendidik anak dengan kebodohannya, manakala orang yang berilmu akan mendidik anak dengan ilmu yang dimilikinya.
Jika kita lihat pada zaman ini, ramai wanita yang telah mendirikan rumah tangga pada usia muda. Pada hakikatnya tidak salah bagi wanita yang telah berkeluarga untuk terus menuntut ilmu, sama ada menuntut ilmu di sekolah-sekolah formal atau sang suami yang menjadi guru bagi sang isteri, kerana perkara sebegini merupakan kewajiban seorang suami untuk mendidik isterinya dan menjadikan isterinya seorang yang berilmu.
Jadilah seperti Aisyah binti Abu Bakar, seorang isteri nabi yang menjadi tempat untuk para sahabat bertanya pelbagai soalan. Walaupun dia hanya seorang wanita, akan tetapi dia adalah seorang wanita yang cerdas yang sentiasa memperoleh ilmu dari sang suami iaitu Rasulullah S.A.W. Oleh itu, sebagai seorang islam kita hendaklah sentiasa mengejar ilmu, kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya dan orang yang mencari ilmu akan bertambah dahaga mencari ilmu, kerana ilmu itu sangat luas. Semakin dalam digali semakin banyak perkara yang tidak diketahui. Ilmu juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu.
oleh itu ketahuilah juga bahawa pengorbanan adalah sesuatu yg harus dibayar demi menggapai sebuah kejayaan...tanpa pengorbanan kita xkn merasa nikmatnya sebuah kejayaan...
p/s : jom kita sama2 mencari ilmu demi keredhaan Allah...jgn sesekali berputus asa kerana setitik air di lautan itulah ilmu yg kita miliki...selebihnya adalah milik Allah S.W.T.

0 comments:

Post a Comment